Monday, 15 October 2012

Trip Medan September 2012...

28 September 2012
Bermula trip pertamaku ke obersea...walaupun pergi Medan tp ia suatu yang mengujakan maklumalah first time nak ke luar negara...kalu nak tahu tiket ni booking bulan Disember 2011...dekat 9 bulan menanti....klau tengah peknen tu kira dah kuar baby....hehhe....sepanjang 9 bulan tu buat servey kat intenet....baca blog yang dah pernah sampai ke Medan....ikutkan takut juga nak ke sana sebab perginya bertiga plak tu semuanya perempuan....Nak di takdirkan cerita Allah permudahkan urusan aku ke sana...terkebetulan kenal dengan kawan dekat FB yang memang tinggal di Medan Dewi Nachwa namanya....daripada dia banyak info yang aku dapat pasal medan..dan dewi mengalukan kedatangan kami ke sana dan bersedia menjadi tourist guide sepanjang kami di sana...

Tiba hari keberangkatan ke medan..flight pukul 5.00 ptg ..lupa nak cerita yang pergi aku, adik perempuan and my sister..yang kelakarnya ketiga2 kami tinggal di negeri yang berlainan..aku di JB, adik aku di Temerloh manakala my sister di Dungun semuanya jauh tp semuanya akan berkumpul di LCCT..yang merisaukan aku ialah takut tak sempat ke sana dr jb - lcct....pening gak kepala pikir macam bila tiba kat lcct sebab masalah nak park kereta...ada 3 alternatif park kat lcct...putrajaya sentral or TBS....nak kena bajet masa dr jb ke lcct mahu kat 4 jam kat bermakna aku kena bertolak kul 11 dari JB...sempat ke? kena pecut la nmpaknya....terpaksa menebalkan muka jumpa GB mintak kuar awal....sori bos...terpaksa..Sekali lagi Allah memudahkan urusan aku K.linda my best partner kat sekolah nak gi nilai umah kakaknya so dpatla aku tumpang dia ke lcct...jd tak payah aku bawak kereta...thanks kak linda...bertolak dari jb dalam 11.30 sampai lcct dlm 3.30..sampai2 kakak & adik aku dah ada kat lcct...

Ada satu cerita lawak...masa check bag & luggage boleh pulak aku terambil bag sorang mamat ni siap galas lagi tu..padahal bag aku dgn dia tak sama langsung...hahhahaa....perangai kelam kabut aku macam biasa teruja nak naik flight la tu...hehehe..

Pukul 5 flight...55 min perjalanan Alhamdullilah sampai di Airport Polonia, Medan pukul 4.55 ptg ..waktu kat sana lewat 1 jam daripada waktu Malaysia...

Bersambung ...

Monday, 20 February 2012

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)

Sunday, 19 February 2012

Penulisan pertama aku...

Sebenarnya aku tak tak tau nak tulis apa mula-mula tp yang pasti aku memang nak share sesuatu dengan orang lain...Aku bukan dilahirkan sebagai seorang penulis yang pandai untuk mengolah ayat-ayat indah walaupun pernah menulis satu cerpen pendek masa kerja kat satu syarikat penerbitan di Jalan Puchong...penulis bidang terjun....Aku juga pernah menulis artikel kat surat khabar tabloib cap ayam masa kat company pertama aku lepas grad kat Jalan Gombak...Masa tu tulis artikel pasal Konsert Anita Sarawak tahun 2002..Tula antara 2 artikel aku yang pernah tersiar walaupun bukan tersiar kat majalah or paper yang terkenal tp sekurang-kurang aku pernah menulis walaupun kerja aku pada masa itu adalah sebagai graphic artist....